PUSAT KOKURIKULUM NEGERI SELANGOR

LAMAN INDUK
SEJARAH PUSAT KOKURIKULUM
NAMA DAN LOGO
PIAGAM, MISI DAN VISI
CARTA ORGANISASI
INFRASTRUKTUR
MODUL LATIHAN / AKTIVITI
JURULATIH
TAKWIM
GALERI FOTO

kpm1.gif

PUSAT KOKURIKULUM NEGERI
JABATAN PELAJARAN SELANGOR
[KEM TEKALI]
LOT 4988, JALAN SG. TEKALI,
43100 HULU LANGAT,
SELANGOR DARUL EHSAN
TEL : +60390216023 / +60390216173
FAKS : +603-90217352
EMAIL : kemtekali@yahoo.com

jps.jpg

SENARIO PUSAT KOKURIKULUM NEGERI SELANGOR

 

Pusat ini telah mula ditubuhkan pada tahun 1995 dengan kekuatan jurulatihnya hanya seramai 3 orang sahaja. Lokasi awal Pusat Kokurikulum ini telah dicadangkan di sebuah tapak milik Kementerian Pelajaran di Rawang, Selangor dengan keluasan 40 ekar. Namun disebabkan pembangunan sebuah sekolah berasrama penuh perlu diutamakan, maka Jabatan Pelajaran Selangor terpaksa memberi laluan seterusnya mencari lokasi lain yang lebih sesuai.
 
Beberapa lokasi telah dikenalpasti untuk tujuan ini dan akhirnya sebidang tanah di Kampung Sungai Tekali telah memberi laluan kepada Jabatan Pelajaran Selangor untuk membangunkan Pusat Kokurikulum Negeri yang dikenali sebagai KEM TEKALI.
 
Program pertama yang diadakan di sini ialah Perkhemahan Unit Beruniform Negeri Selangor 1999 dengan kemudahan asas yang amat terhad.
 
Kini, akhirnya tanah seluas 28 ekar ini sudahpun pada peringkat akhir urusan pemilikan oleh Kementerin Pelajaran dan mengharapkan semua pihak untuk pembangunan seterusnya.

Mutiara Kata
 
Pencapaian anda hari ini adalah hasil usaha anda semalam. Oleh itu berusaha hari ini agar anda mendapat yang lebih baik pada hari esok.

Pantun Melayu
 
Sana padi sini padi,
Itu namanya sawah dan bendang,
     Sana budi sini budi,
     Barulah sempurna bernama orang.
 
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi