Pusat ini telah mula ditubuhkan pada tahun 1995 dengan
kekuatan jurulatihnya hanya seramai 3 orang sahaja. Lokasi awal Pusat Kokurikulum ini telah dicadangkan di sebuah tapak milik
Kementerian Pelajaran di Rawang, Selangor dengan keluasan 40 ekar. Namun disebabkan pembangunan sebuah sekolah berasrama penuh
perlu diutamakan, maka Jabatan Pelajaran Selangor terpaksa memberi laluan seterusnya mencari lokasi lain yang lebih sesuai.
Beberapa lokasi telah dikenalpasti untuk tujuan ini dan akhirnya sebidang tanah
di Kampung Sungai Tekali telah memberi laluan kepada Jabatan Pelajaran Selangor untuk membangunkan Pusat Kokurikulum Negeri
yang dikenali sebagai KEM TEKALI.
Program pertama yang diadakan di sini ialah Perkhemahan Unit Beruniform Negeri
Selangor 1999 dengan kemudahan asas yang amat terhad.
Kini, akhirnya tanah seluas 28 ekar ini sudahpun pada peringkat akhir urusan
pemilikan oleh Kementerin Pelajaran dan mengharapkan semua pihak untuk pembangunan seterusnya.
|
 |
Mutiara Kata
Pencapaian anda hari ini adalah hasil usaha anda semalam. Oleh itu berusaha hari ini agar anda mendapat yang lebih baik
pada hari esok.
Pantun Melayu
Sana padi sini padi,
Itu namanya sawah dan bendang,
Sana budi sini budi,
Barulah sempurna bernama orang.
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi
|
 |
|
 |
|
|